Training silibus: Apa itu copywriting?


Alhamdulillah semalam kelas pertama dengan Tuan Izan untuk silibus pertama. Yakni copywriting.

Zira catitkan di sini juga supaya one day, zira pun boleh juga refer notanya. Dan korang yang membaca pun, boleh sama-sama belajar serba sikit kan. Zira kongsi ringkas ikut apa yang zira faham.

Apa itu copywriting?
Proses menulis ayat iklan.

Dan copywriting ni ada 2 bahagian:
  1. Hardselling
  2. Softselling
Tuan Izan ada tanya apa yang kita faham dengan 2 bahagian ini. Soalan simple je, tapi nak terjemahkan kefahaman dalam bentuk kata-kata tak terucap pula. Haha.


Tapi ni apa yang Tuan Izan beritahu apa itu 2 bahagian ini.

Hardselling - membina skrip jualan secara direct fokusnya kepada kelebihan produk sedia ada dan valuenya sahaja.

Softselling - Membina skrip jualan secara indirect memastikan setiap yang membacanya jadi pandai dan diberi ruang memilih dengan baik.

Bila baca jawapan sebenar, huih lari pula fahaman kita. Haha.
.
.
Dulu zira just simply rumuskan yang hardselling ni terus terang kita menjual. Kalau softselling ni lebih kepada kita share tips semua dan takde terang-terang menjual. Tapi tak semestinya juga. Dua-dua masih skrip menjual, tapi cara penyampaian berbeza.

So cabang softselling adalah storytelling. Kenapa storytelling ni sedikit sebanyak penting?
  1. Bina kepercayaan
  2. Rasa lebih mesra
  3. Ada dialog 2 hala
  4. Menjual tanpa paksa**
  5. Jangka masa panjang
Point paling penting, orang tak rasa kita menjual terlalu memaksa. Sebab softselling adalah beri ruang mereka 'memilih' dengan tenang dan rela.

Dan dalam storytelling ni, ada 5 FORMULA pula yakni SAEES:
  1. Seeding
  2. Awareness
  3. Engagement
  4. Education
  5. Sales
Apa tu?
Penat pula nak menaip.

Nak tahu lebih lanjut, meh join #MaryJardinAffiliate. Kelas dengan Tuan Izan FREE je untuk tawaran bulan Sepetember sahaja. Berbaloi-baloi.

Apa-apa roger zira di sini ya.


Comments